Monday, 13 April 2009

Masa untuk beralih kepada teknologi nuklear


I found this interesting piece in the "Forum" page of Utusan Malaysia today (April 13, 2009):

MASANYA sudah tiba bagi negara kita menimbang dengan serius kemungkinan beralih kepada teknologi nuklear sebagai sumber tenaga alternatif yang lebih murah, bersih dan berpanjangan.
Bahkan, kita tidak mempunyai banyak pilihan memandangkan sumber asli seperti minyak dan gas semakin berkurangan.

Pergantungan kepada arang batu untuk penjanaan elektrik pula lama kelamaan akan membawa padah akibat bekalan arang batu jangka panjang yang tidak menentu serta harga yang akan terus melambung.

Selain itu, usaha ke arah memperkenalkan tenaga daripada solar dan angin tidak berkesan kerana mempunyai keupayaan yang terhad.

Kita mungkin masih mempunyai lebihan tenaga elektrik buat masa ini, tapi keadaan tersebut tidak akan berpanjangan akibat keperluan yang semakin meningkat selaras dengan kepesatan pembangunan negara serta pertumbuhan penduduk.

Oleh itu seharusnya kerajaan menimbang memperkenalkan tenaga nuklear secepat mungkin memandangkan itulah jalan yang paling baik untuk masa depan negara lebih-lebih lagi kini lebih banyak negara yang bercadang beralih kepada tenaga nuklear untuk menjana tenaga elektrik.

Jika jiran-jiran terdekat seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam sanggup berubah mengikut keadaan dan keperluan semasa, adalah amat memalukan jika kita tidak sanggup atau pun tidak bersedia berbuat demikian.

Kemalangan di Three Mile Island, Amerika Syarikat dan Chernobyl, Ukraine yang melibatkan reaktor nuklear masing-masing berlaku lebih 30 dan 20 tahun dahulu dan selepas itu langkah-langkah keselamatan yang lebih baik telah diambil.

Selain itu, kecanggihan teknologi juga membuatkan penjanaan tenaga nuklear menjadi lebih efisien dan selamat.Kejadian di Three Mile Island pada tahun 1979 tidak mengakibatkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan atau kecacatan kepada para pekerja mahu pun penduduk berdekatan, sementara kemalangan di Chernobyl, Ukraine yang ketika itu sebahagian daripada Kesatuan Soviet, mengakibat 47 kematian melibatkan ahli bomba dan operator janakuasa (32 maut serta-merta) akibat terdedah kepada radiasi.

Namun saya percaya, dunia telah belajar daripada kesilapan lalu dan bersedia mengorak langkah untuk bersama-sama memastikan semua negara dapat menjana tenaga nuklear yang lebih murah, bersih dan selamat.

Memang sesuatu yang baru tidak mudah terus diterima rakyat lebih-lebih lagi tenaga atom yang sering kali dikaitkan dengan kemudaratan dan perkara yang negatif.
Namun kerajaan tidak harus tunduk begitu sahaja bahkan harus memastikan ia dapat dilaksanakan jika itu adalah yang terbaik untuk rakyat dan masa depan negara bagi jangka masa panjang.

PENCINTA ALAM
Kuala Lumpur

1 comment:

  1. Hi

    I posted a blog piece last month on the use of nuclear energy in Malaysia. Visit my blog to read it

    http://planetofthemonyets.blogspot.com/2009/03/to-nuke-or-not-to-nuke.html

    ReplyDelete