Wednesday, 13 May 2009

Malaysia Perlu Loji Nuklear

Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat Universiti Malaysia Sabah Dr. Rosalam Sarbatly berpendapat Malaysia perlukan kepada penggunaan nuklear untuk memastikan industri tenaga di negara kita setanding dengan kemajuan industri tenaga negara-negara maju.

Berikut ialah pandangan beliau yang disiarkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini.

Malaysia harus ada loji tenaga nuklear
KOTA KINABALU 10 Mei – Kerajaan harus mengkaji penggunaan nuklear sebagai sumber penjanaan tenaga baru di negara ini dalam usaha memajukan lagi sektor perindustrian negara.

Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat Universiti Malaysia Sabah, Dr. Rosalam Sarbatly berkata, langkah itu penting bagi memastikan peningkatan daya saing industri tempatan serta menarik lebih ramai pelabur asing.

Selain itu katanya, langkah itu juga dapat memastikan industri tenaga di negara ini setanding dengan kemajuan industri tenaga negara-negara maju.

‘‘Kalau kita tidak ada loji tenaga nuklear, kita tidak akan maju dalam industri tenaga dan kita juga akan terencat dalam pembangunan industri.

‘‘Saya jamin selagi tenaga kita mahal dan kita tidak berani meneroka nuklear untuk industri teknologi tinggi, adalah sukar untuk kita melangkah ke depan malah akan ke belakang,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment